BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 28 Jun 2014

TEPUNG-TEPUNG RAMADHAN

Tepung gandum cap sauh habis di pasaraya,kedai runcit dan pavilion..bagaimana mahu membuat lempeng ataupun cekodok?!
Encik...nak cuba teh ini?gangu seorang promoter semasa ku bermonolog sebentar tadi..apa ni cik?tak apa tak apa dan aku berkata saya cari tepung.tepung mana?terus aku beredar dari kawasan teh itu..


"Tumpang lalu dik.."kata makcik cleaner pasaraya tersebut..aku pun balas eh eh sori makcik..selamat berpuasa ya..apa lah makcik ni..cuci lantai pun bukan nak letak tanda lantai licin..boleh kena saman pasaraya tahu..ini mesti supervisor atau pihak pengurusan tak ambil kisah hal sebegini..
papan tanda murah
pun tak mapu beli?


Tanpa membuang masa aku pun capai aiskrim 99sen kerana mahu keluar segan la jika tidak beli apa-apa..almaklumlah wajah mirip sekali tom cruise..sengaja bayar di kaunter gadis bermata besar bulat..tak pasti itu contact lens ataupun original mata sendiri..
Semuanya Rm1..aku keluarkan duit berwarna ungu,dibalas juruwang tersebut duit kecil tiada ke bang?lantas aku tunjuk dompet semua duit warna ungu..ada lah dalam 8 keping..dengan muka monyok gadis itu pulangkan rm99..



-----------------

Jalan di luar pasaraya ada beberapa stall jualan kecil-kecilan..sambil menghabiskan aiskrim aku menjenguk..mana tahu ada tepung gandum cap sauh di toko jamu tersebut..
Ye dik..jamu mak dara..dengan tak semene mene aku beredar selaju mungkin..bukan apa aku tak pasti jantina penjual di toko jamu itu..


lidah hanya rasi
dengan tepung ni sahaja..
Aku berjalan lagi hingga tak sedar aiskrim meleleh ditepi..dalam fikiran aku hanya fikir tepung gandum tepung gandum sahaja..yang pastinya cap sauh lebih enak dibuat lempeng mahupun cekodok.. Sampai di stall jual barangan agak islamik,aku pun menghabiskan secepatnya aiskrim dengan harapan dapat belek sikit sikit buku yg ada disitu..blh curi curi baca.. 






"Assalamualaikum saudara..marilah beli..insyaallah ramadhan akan lebih barokah..mahu cari apa yg saudara..?"
"Aku menjawab tepung gandum ada?"sambil sengih dan meneruskan belek buku..pedulik apa peniaga islamik tak kan suruh berhenti baca dan bayar..
"tepung gandum tiada disini la saudara..ini mesti tiada dapat tepung gandum untuk persiapan berpuasa kan?" Aku membalas.."haah la..sy kekadang malas masak nasi saya buat lempeng cukup la untuk alas perut seharian puasa.." "bagus anak muda ada juga persiapan mahu berpuasa..tapi itu dari segi luaran..dari segi dalaman sudah bersedia?"

contoh projek dato yg makan juta
dan makan masa bertahun-tahun

Tersipu malu aku lantas aku buat buat ada dato call bincang projek hartanah 10 juta dan beredar dari situ..






Sekarang ni sambil berfikir apa yg dikatakan peniaga itu aku pun meluru balik ke rumah..

DAN TEPUNG GANDUM AKU MANA?!!!

0 comments: