BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 28 Jun 2014

TEPUNG-TEPUNG RAMADHAN

Tepung gandum cap sauh habis di pasaraya,kedai runcit dan pavilion..bagaimana mahu membuat lempeng ataupun cekodok?!
Encik...nak cuba teh ini?gangu seorang promoter semasa ku bermonolog sebentar tadi..apa ni cik?tak apa tak apa dan aku berkata saya cari tepung.tepung mana?terus aku beredar dari kawasan teh itu..


"Tumpang lalu dik.."kata makcik cleaner pasaraya tersebut..aku pun balas eh eh sori makcik..selamat berpuasa ya..apa lah makcik ni..cuci lantai pun bukan nak letak tanda lantai licin..boleh kena saman pasaraya tahu..ini mesti supervisor atau pihak pengurusan tak ambil kisah hal sebegini..
papan tanda murah
pun tak mapu beli?


Tanpa membuang masa aku pun capai aiskrim 99sen kerana mahu keluar segan la jika tidak beli apa-apa..almaklumlah wajah mirip sekali tom cruise..sengaja bayar di kaunter gadis bermata besar bulat..tak pasti itu contact lens ataupun original mata sendiri..
Semuanya Rm1..aku keluarkan duit berwarna ungu,dibalas juruwang tersebut duit kecil tiada ke bang?lantas aku tunjuk dompet semua duit warna ungu..ada lah dalam 8 keping..dengan muka monyok gadis itu pulangkan rm99..



-----------------

Jalan di luar pasaraya ada beberapa stall jualan kecil-kecilan..sambil menghabiskan aiskrim aku menjenguk..mana tahu ada tepung gandum cap sauh di toko jamu tersebut..
Ye dik..jamu mak dara..dengan tak semene mene aku beredar selaju mungkin..bukan apa aku tak pasti jantina penjual di toko jamu itu..


lidah hanya rasi
dengan tepung ni sahaja..
Aku berjalan lagi hingga tak sedar aiskrim meleleh ditepi..dalam fikiran aku hanya fikir tepung gandum tepung gandum sahaja..yang pastinya cap sauh lebih enak dibuat lempeng mahupun cekodok.. Sampai di stall jual barangan agak islamik,aku pun menghabiskan secepatnya aiskrim dengan harapan dapat belek sikit sikit buku yg ada disitu..blh curi curi baca.. 






"Assalamualaikum saudara..marilah beli..insyaallah ramadhan akan lebih barokah..mahu cari apa yg saudara..?"
"Aku menjawab tepung gandum ada?"sambil sengih dan meneruskan belek buku..pedulik apa peniaga islamik tak kan suruh berhenti baca dan bayar..
"tepung gandum tiada disini la saudara..ini mesti tiada dapat tepung gandum untuk persiapan berpuasa kan?" Aku membalas.."haah la..sy kekadang malas masak nasi saya buat lempeng cukup la untuk alas perut seharian puasa.." "bagus anak muda ada juga persiapan mahu berpuasa..tapi itu dari segi luaran..dari segi dalaman sudah bersedia?"

contoh projek dato yg makan juta
dan makan masa bertahun-tahun

Tersipu malu aku lantas aku buat buat ada dato call bincang projek hartanah 10 juta dan beredar dari situ..






Sekarang ni sambil berfikir apa yg dikatakan peniaga itu aku pun meluru balik ke rumah..

DAN TEPUNG GANDUM AKU MANA?!!!

Isnin, 12 Mei 2014

AKU,AZIZ SATTAR DAN PENGHIBUR

seperti kebiasaan seorang lelaki ingin keluar dengan wanita idamannya dan pelbagai alasan untuk keluar diberikan seperti mahu stdy sama,mahu beli baju,baju beli perabot rumah,waima mahu beli pekakas dapur jiran sekali pun boleh dijadikan alasan.

dibuatkan cerita seorang kawan aku terlantar di hospital dan aku mengajak seorang yang bernama miesha (bukan nama sebenar) untuk menziarahi..setibanya di situ aku terjumpa dato aziz sattar seniman terulung..terus aku salam berciumkan tangan beliau..sejurus itu aku bertanya dato bagaimana menjadi mahu menjadi penghibur terulung?ringkas beliau menjawab lihat apa yang ada pada diri kamu dan hiburkan lah orang sekeliling dengan cara kamu..beliau pun berlalu pergi..

aku terfikir fikir apakah maksud beliau kerana aku masih mentah dalam pemikiran sedalam itu..oh ya,berkenaan kawan yang terlantar dihospital itu sebenarnya sudah sembuh pun..sudah keluar sebulan lalu..terus miesha memarahi dengan cubit manja dipeha ku..aku dengan tidak semene mene terbuka langkah jurus silat rimau belang tembaga hitam rahsia tok guru kepadanya..terus diam seribu bahasa..baru buka langkah sahaja..kalau terguna pasti berhoneymoon disitu terus..


aku pun menuju ke parking sambil berfikir kata kata beliau..jumpa pun motor keramatku lantas menaiki ke atasnya..
masuk gear satu aku masih tidak dapat tangkap apa yg dikatakan..
masuk gear dua aku cuba berfikir lagi dalam dengan teran tahap pemikiranku..
masuk gear tiga menerawang fikiranku terhenti dek kucing ditengah jalan..comel juga..pongggg!aku sepak ketepi sana..
masuk gear empat ah miesha tertinggal dibelakang..tanpa ku berfikir panjang aku biarkan berlalu..bak kata pepatah "no women no cry"

-------------------------------------

selang beberapa minggu atau bulan lebih tepat,aku diajak rakanku yang bernama sheikh imam besar zamri(nama yang disuruh zamri save di telefon bimbitku padahal beliau adalah ungka bukan lah imam) untuk ke ujibakat rajalawak..masa itu program itu masih boleh diterima lawaknya..kini tidak kelakar..lebih kepada tempat untuk membazir masa ,dijadikan alasan tv dipecah dan tempat asah makian..aku pun bermonolog dalaman ini peluang aku untuk menjadi penghibur terkemuka ini..terus aku terima pelawaannya

engkau ingat engkau cukup
lawak ke nak judge aku?

dipendekkan cerita aku tidak dapat,pertama sebab aku gugup atas pentas dan gagap pula ketika itu..biasalah aku depan seorang wanita pun malu inikan depan beratus wanita ketika itu..lelaki aku tak kira sebab aku bukannya gay macam engkau orang.
keduanya sebab aku memang pergi pun sebab mahu jaga hati kawan yang terlalu teruja mahu jadi artis ketika itu..(boleh terima kan alasan ini?)
ketiganya aku memang tidak lawak.puas hati engkau orang baca sebab ketiga itu?


senyum ikhlas sentiasa
dikepilkan beliau
tahun demi tahun berlalu baru aku dapat berfikir apa yang dikatakan seniman terkemuka itu..yang mana aku berpendapat kena kenal diri sendiri dan tahap keupayaan sendiri dahulu sebelum hentam semua benda..lingkungan orang boleh dikecilkan mengikut kemampuan sendiri..kini aku berhibur dengan ahli keluarga dan rakan sahaja..popular?tidak perlu sama sekali..kata kata yang ringkas tapi menusuk ideologi pemikiranku yang cetek..

Terima Kasih Dato Aziz Sattar.Al-Fatihah..



*kisah benar cuma ada sedikit tambah garam bagi menyedapkan makanan bacaan ini*

Sabtu, 3 November 2012

annual leave

ye masing masing ada annual leave.tp saya punya annual leave masih ada dan skrg la musim mengclearkan annual leave..saya menggunakan clear n clean.mmg terbukti berkesan..terima kasih terima kasih terima kasih...cristiano ronaldo juga duta clean n clear jika tidak silap la kan...
biasanya orang menggunakan annual leave untuk percutian anak beranak atau beberapa program terkemuka seperti pesta air di teilend dan lain lain..

tp tu bukan masalah saya...masalah saya mahu buat apa ketika cuti ini?sebagai pekerja berdedikasi ingat saya mahu ke annual leave ini?kalau boleh saya tidak mahu cuti dan kerja sepanjang zaman..ok ini pun tidak tidur lagi dgn harapan esok bangun lambat la.huhu...

ya betul itu..bangun lambat..tp subuh saya bangun la...sebab ayam kt rumah saya selalu berkokok..walaupun ayamnya tak de.kadang2 itik juga turut berkokok.begitu juga dgn angsa ataupun biawak.binatang2 ni yg akan mengejutkan saya dalam sedar tak sedar.

kesimpulannya kita kena cuti juga walaupun kita tiada hati mahu cuti

ok saya mahu tido la..bosan..fb dah  sudah..game dah sudah...mari tido!

Rabu, 25 April 2012

KARENAH YOUTUBE

post ni aku tulis selepas lihat lihat lagu kt youtube..korg tahu tidak apa yg aku dpt?pada  mulanya aku ingin cari la lagu baru untuk di muat turun..tp yg aku dpt lagu cover2 oleh penyanyi tak cukup sifat!dah la suara tak sedap.nak cover depan kamera sambil pegang gitar..suara jangan cakap la.,kamera pun cap ayam punya.kualiti videonya jangan cerita lah..eh ada hati nak jd artis youtube la konon....lepas itu fikir suara sedap pergi letak no telefon or email kt youtube ko tu yg kononnye syarikat rakaman nk sambar ko la ek...hampeh.


yg lagu indie mmg sedap jika pandai cari la..kerana aku pernah serumah dgn bdk indie.tp mslhnye lagu indie ni intro die lama sgt..internet aku bknlah superb laju..byk gak la aku muat turun lagu indie dengan menggunakan software mp3 rocket.

lagu baru-baru pulak ade yg ok ade yg tak...tp lagu baru selalu tak ada kt pusat karoke...aku mmg kaki karoke tp suara aku tidaklah sesedap mane..kadang kadang aku konfius..adakah aku nyanyi or aku mengeja semasa karoke itu.haha..di pusat karoke sll nye lagu lama je ada...kadang adang kite tahu lagu tu tp tidak hafal beberapa rangkap,itu la punca aku terpaksa mengeja semasa karoke..huhu..

yg aku tidak faham bebudak skrg suke lagu kpop.entah macam apa sahaja.faham ke dorg semua itu?jika lagu bi kire ok la leh improve english.tahu la dressup dorg tu style..nari pun style..tp entah la..jika pmpn yg tgk kpop laki boleh la..ni laki tgk laki..pe yg ada?gay kah?!hahahaha

tp aku respek la org yg wt vlogging..mmg stail..lagi2 yg jenis perli perli org tu..matluthfi la kyopropaganda la..ok la..aku pon dah bosan menaip ni..offline la.baiiiiiiiiiiiiiiiiiii